Program Dana Pembiayaan Agromakanan Keluarga Malaysia (DPAKM) ialah program pembiayaan yang menyediakan kemudahan pembiayaan kepada usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di dalam sektor pengeluaran ayam, sayuran dan ruminan (kambing dan lembu) dengan jumlah pembiayaan sehingga RM5 juta. Skop pembiayaan adalah tertakluk kepada peruntukan yang disasarkan dan sektor yang disasarkan.Membiayai CAPEX dan OPEX di sepanjang rantaian nilai agromakanan dan lain-lain dalam skop yang diluluskan dan dinasihatkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dari semasa ke semasa.
Pembiayaan Modal Kerja-i (MK-i) - menyediakan perbelanjaan operasi tetapi tidak terhad kepada kos untuk pembelian benih, baja, penyelenggaraan dan sistem utiliti, gaji pekerja, overhead cost dan lain-lain yang berkaitan dengan operasi ladang.
Pembiayaan Berjangka-i / Term Financing-i (TF-i) - menyediakan perbelanjaan modal tetapi tidak terhad kepada kos input untuk pembelian benih, baja, peralatan teknologi, pemerolehan bahan untuk industri terlibat.
Agro Cash Line-9 - menyediakan kemudahan overdraf untuk membiayaan perniagaan yang berasaskan industri-industri yang terlibat dalam skop program ini.
Tradeline - Produk-produk yang ditawarkan di bawah pembiayaan perdagangan.
Berapakah kadar keuntungan dikenakan kepada pelanggan?
Pembiayaan Berjangka-i (TF-i)
i. 0% untuk tempoh moratorium 6 bulan diberikan dan selepas itu pada 3.0% setahun dikira pada kadar rehat bulanan atau/dan;
ii. Tempoh penangguhan sehingga 12 bulan di mana bahagian keuntungan kemudahan perlu dibayar semasa tempoh penangguhan.
Modal Kerja-i(MK-i) / Agro Cashline / Tradeline
3.0% sepanjang tempoh pembiayaan
Berapakah margin pembiayaan?
i. Margin pembiayaan 90% daripada jumlah kos. Kos lain yang berkaitan contohnya Takaful, Duti Setem dan sebagainya akan ditanggung oleh pelanggan.
Bagaimana konsultan kami akan membantu anda?
Pra Permohonan Pinjaman Perniagaan
Isikan Borang Pra Permohonan Pada Laman Web Ini. Segala Maklumat Adalah Sulit Dan Akan Dinilai Oleh Panel Konsultan Pinjaman Dari Agro.Pinjaman-Perniagaan.com Untuk Disemak.Pengesahan Maklumat Identiti Peminjam (Temuduga Melalui Telefon)
Wakil Daripada Panel Konsultan Akan Menelefon Anda Sebagai Peminjam Iaitu Membuat Pengesahan Dokumen dan Maklumat Lain Untuk Memastikan Anda Ialah Pemilik Maklumat Yang Sah. Kami Berusaha Untuk Mengelakkan Daripada Kes Kecurian Maklumat Identiti Dan Bertanggungjawab Untuk Melaporkan Kepada Pihak Berkuasa Untuk Makluman Pemilik Identiti Yang Asal.Keputusan Pra Permohonan
Panel Konsultan Akan Memberikan Jawapan Secepat Mungkin Samada Anda Layak atau Tidak Mengikut Kriteria Bank / Agensi Kerajaan Yang Ditetapkan. Kepada Yang Tidak Layak, Kami Akan Memberikan Panduan Untuk Memperbaiki 'credit rating' anda seperti CCRIS Dan CTOS Sebelum Proses Pinjaman Dimulakan.Penyedian Dokumen Penting
Jika Anda Layak, Pihak Panel Konsultan Akan Memberikan Senarai Salinan Dokumen Penting Untuk Menganalisis Kemampuan Kewangan Anda Dan Syarikat, Mengenalpasti Strategi Membuat Rancangan Perniagaan dan sebagainya.Lawatan Tapak (Premis Perniagaan)
Panel Konsultan Akan Membuat Lawatan Ke Premis Perniagaan Anda Sebagai Salah Satu 'Checklist' Kami Sebelum Menyediakan Proposal Lengkap Ejen Perunding Pinjaman Perniagaan Bagi Pihak Anda.Penyerahan Surat Tawaran Dan Penerimaan Kami Ejen Perunding
Pihak Kami Akan Menyediakan Surat Tawaran dan Penyataan Ringkas Sebagai Tawaran Ejen Runding Bagi Pinjaman Bank/Agensi Kerajaan Yang Dipersetujui.Penyediaan Kertas Kerja Pinjaman Perniagaan dan Rancangan Perniagaan
Panel Konsultan Akan Meneruskan Untuk Menyediakan Kertas Kerja Komprehensif serta Rancangan Perniagaan Berdasarkan Format dan Kriteria oleh Bank / Agensi Kerajaan pemberi pinjaman yang telah dipersetujui. Yuran Professional akan ditawarkan berdasarkan amaun yang dipersetujui. Peminjam akan mula mengisi borang pinjaman dan menyertakan salinan dokumen yang sah dan akhir untuk dihantar ke bank / agensi kerajaan pemberi pinjaman.Permohonan Lengkap Akan Dihantar
Setelah dipersetujui dan salinan akhir borang pinjaman, kertas kerja dan rancangan perniagaan disiapkan, pihak kami akan menghantar permohonan peminjam ke bank / agensi kerajaan.
BORANG PRA-PERMOHONAN

Tentang Kami
Assalamualaikum Rakan Internet sekalian,
Saya Jamaludin atau lebih dikenali dengan nama JJ. Saya merupakan konsultan pinjaman perniagaan yang berpengalaman selama 30 tahun dalam bidang ini.
Perkhidmatan yang saya sediakan untuk anda iaitu Perkhidmatan Menguruskan Pinjaman
Perniagaan.
Perkhidmatan ini diuruskan dari A-Z sehingga anda mendapat pinjaman.
Banyak kes-kes pinjaman perniagaan yang telah saya sempurnakan untuk pelanggan-pelanggan saya.
Perkhidmatan yang kami sediakan termasuklah memberi khidmat nasihat professional tentang jenis pinjaman yang sesuai dengan situasi tuan/puan (PERCUMA), penyediaan kertas kerja permohonan pinjaman, kemaskini akaun perniagaan sebelum memohon pinjaman dan menguruskan pinjaman sehingga lulus.
Skim-skim pinjaman ialah daripada bank-bank tempatan dan agensi kerajaan sahaja.
Tuan/Puan yang berminat, boleh terus mengisi Borang Pra-Permohonan Pinjaman seperti dibawah dan kami akan menghubungi pihak anda dengan kadar segera.

